Ke atas

Pengurusan Kumpulan Exness

Berdagang dalam CFD dan produk berkeumpilan secara amnya melibatkan risiko kerugian yang tinggi dan anda boleh kerugian semua modal yang dilaburkan.

Petr Valov

CEO

Salah seorang pengasas Kumpulan Exness, Petr menentukan keseluruhan strategi Kumpulan dan mempunyai kata putus mengenai isu-isu utama berkaitan operasi Kumpulan. Petr percaya bahawa budaya syarikat yang mengutamakan pelanggan yang telah beliau usahakan dari awal lagi merupakan pendorong utama dalam semua bidang operasi syarikat.

Igor Rudi

Pengarah Pemasaran

Igor telah bersama dengan Kumpulan Exness sejak tahun 2012. Beliau bertanggungjawab untuk mempromosikan Kumpulan dalam pasaran antarabangsa, memimpin pasukan pakar pemasaran yang memastikan pendedahan jenama secara dalam talian dan luar talian.

Vladimir Tatarinov

Ketua Pegawai Teknologi

Vladimir menyertai Kumpulan Exness pada tahun 2015 serta mengurus penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan perniagaan. Antara jawatan yang beliau sandang sebelum itu termasuklah Naib Presiden Deutsche Bank dan juga beberapa jawatan pengurusan di Intel.

Maria Fedorova

Ketua Pegawai Pelanggan

Maria menyertai Kumpulan Exness pada tahun 2012 dan bertanggungjawab untuk pengurusan hubungan pelanggan Kumpulan. Beliau memastikan bahawa keperluan pelanggan sentiasa dipenuhi dan pengalaman pelanggan dengan Exness sentiasa lancar sepanjang masa.

Elena Romanova

Pengarah HR

Elena telah bersama dengan Kumpulan Exness sejak tahun 2013. Kerjaya beliau menjangkaui 10 tahun dalam pelbagai peranan Sumber Manusia dalam beberapa industri yang berbeza, termasuk sektor automasi industri dan perkhidmatan kewangan. Beliau merumuskan dasar sumber manusia untuk Kumpulan Exness dan bertanggungjawab untuk pengambilan pekerja, orientasi dan pembangunan kakitangan.

Loading nanoRep Website Conversion Solution
host www.exness.eu | env production