Ke atas

Exness—penyokong pemuliharaan alam semula jadi dan dengan bangganya menjadi rakan kongsi WWF

Berdagang dalam CFD dan produk berkeumpilan secara amnya melibatkan risiko kerugian yang tinggi dan anda boleh kerugian semua modal yang dilaburkan.

Melanjutkan lagi perkongsian antara Exness dan WWF kepada tahun ketiga pada tahun 2017 ini, kami menyokong dua projek WWF yang tertumpu pada beruang kutub dan harimau bintang Parsi.

Perlindungan untuk beruang kutub di pesisir laut Kara dan Pechora

Sejak dua tahun yang lalu, pengurangan litupan ais telah menyebabkan peningkatan kunjungan beruang kutub yang mendadak ke penempatan di persisiran pantai dalam kawasan antara Laut Kara dan Pechora. Arah aliran migrasi musim bunga musim panas telah menyebabkan dua masalah—peningkatan dalam pemburuan haram beruang kutub dan konflik antara manusia dan beruang kutub.

Sebahagian daripada Project Bear Patrol WWF Rusia ialah pembangunan sistem dua peringkat yang bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kesan daripada konflik antara manusia dan beruang kutub, dengan itu mengurangkan dan menghapuskan masalah pemburuan haram beruang kutub di kawasan tersebut, serta meningkatkan penyertaan dan penglibatan masyarakat dalam pemuliharaan dan kajian beruang kutub.

"Spesies hidupan liar yang terancam merupakan isu mendesak yang menuntut perhatian kita. Sebagai penyokong kuat perlindungan alam sekitar, kami ingin meneruskan kerjasama dengan WWF Rusia dalam projek pemuliharaan hidupan liar jangka panjang dan menambah baik alam sekitar yang kita diami."

Petr Valov, CEO Exness

Pemulihan berterusan harimau bintang Parsi di Caucasus

Kemusnahan kawasan pergunungan sebelum ini di Caucasus telah menyebabkan penurunan yang mendadak dalam populasi harimau bintang Parsi. Pada abad ke-20, populasi harimau bintang Parsi di Caucasus hampir musnah. Pada masa ini, harimau bintang Parsi hanya boleh ditemui di kawasan yang kurang diakses di Caucasus Timur dan pemulihan semula jadi populasi ini tidak mungkin akan berlaku.

Bersama-sama dengan Russian Academy of Sciences,WWF Rusia telah membangunkan program pemulihan untuk harimau bintang Parsi di Caucasus dengan membiaknya dalam kurungan dan seterusnya membawa semula harimau bintang yang muda ke alam semula jadi. Pada 15 Julai 2016, tiga ekor harimau bintang Parsi—Victoria, Akhun dan Killi—telah dilepaskan ke dalam hutan dalam kawasan Caucasian State Nature Biosphere Reserve dengan memasang sistem pemantauan kekal.

Loading nanoRep Website Conversion Solution
host www.exness.eu | env production